CERPEN (KISAH SEDIHKU)
Kisah ini berlaku 2 tahun lepas. Kisah yang meragut senyuman seluruh ahli keluargaku. Aku mulakan dengan kisah seorang insan istimewa
di mata kami iaitu Datuk aku, arwah Haji Juarah.
Aku merupakan anak sulung ibu dan abah, cucu
sulung atuk dan nenek, cicit sulung moyang. Kiranya aku memang rapat dengan
mereka, terutama datuk aku. Dialah tempat aku bermanja sejak aku kecil hingga
dewasa. Aku masih ingat sewaktu aku merengek meminta sesuatu, dia pasti akan
tunaikan, bila ada orang ingin menyakitiku, dia tempat aku meminta
perlindungan, bila aku perlukan belaian, dia tempat aku bermanja. Tak kira masa
dan tempat, aku menjadi keutamaannya.
Bila tiba musim raya, takbir pertama yang
dilaungkan di surau di alunkan oleh datuk. Suaranya lunak dan membuatkan hati sesiapa saja sayu bila mendengar takbir. Di pagi raya, solat sunat hari raya pertama dalam
hidupku, berimamkan datuk ku sendiri. Setiap pagi, atuk akan kejutkan kami dan ingatkan
kami untuk pergi ke surau. Bila selesai solat, tidak sah rasanya bila aku tak mencium tangan dan memeluk datukku dan ku peluk. Harum baunya.
Pernah datuk ku jatuh sakit, dan doktor tidak
memberi harapan untuk datuk kembali sihat. Aku berdoa setiap hari."Ya Allah,
jangan kau ambil nyawa datuk ku waktu ini. Masih banyak yang ingin ku lakukan bersamanya, masih banyak yang aku ingin lakukan untuknya".
Alhamdulillah, umur atuk panjang. Atuk ku
dapat meneruskan hidupnya. Aku gembira kerana aku masih mampu mendengar
suaranya, melihat senyumannya, memegang tangannya, menatap wajahnya dan membau wangiannya.
Kisah sedihku bermula di sini, 2 tahun sebelum
kematian atuk, hubungan kami tidak serapat dulu. Berlaku konflik keluarga
yang membuatkan aku menjauhkan diri darinya. Aku jarang berborak dengannya. Aku
rindu padanya, tapi aku pendam. Hati ku meronta ingin berborak dengannya seperti
dulu, bergelak ketawa dengannya. Tapi ada sesuatu yang menghalangku.
2 minggu sebelum kematiannya, aku baru balik
dari Penang, tempat aku menuntut ilmu. Aku terjumpa datuk di pekan. Aku pun pergi
bertemunya dan mencium tangannya. Aku terlalu rindukan dia, akhirnya terlepas
juga rindu, kataku dalam hati. Semenjak itu aku dah jarang berjumpa datuk. Aku
tidak dapat bercakap dengannya pun. Datuk jarang ada di rumah. Banyak hal yang
perlu dia uruskan di luar.
Seminggu sebelum datuk meninggal, dia mula
sakit. Datuk dah mula lemah. Tak mampu buat kerja berat. Kebetulan aku pergi ke
rumah datuk, aku lihat atuk sedang berbaring di ruang tamu. Nenek menyuruh ku
memanggil datuk makan.
“Aku: datuk, nenek panggil makan.”
“Datuk: bah. Kau tak makan sekali?”
“Aku: Tak la. Kenyang lagi.”
Datuk makan bertemankan nenek di dapur. Selesai
makan, datuk pergi ke rumah makcik di sebelah rumah.Tak lama kemudian, datuk mengadu
sakit dada. Aku takut, takut kehilangan datuk.
Sehari sebelum datuk meninggal, aku ternampak datuk dari jauh.
Masa tu aku baru menghabiskan projek di
sekolah tempat aku buat ROS. Aku lihat atuk dari jauh. Datuk Cuma tersenyum. Aku
membalas senyuman datuk . Pada hari yang sama aku pergi ke rumah makcik, tapi
tak pergi rumah datuk. Aku singgah sebentar untuk ambik barang. Aku lihat datuk
berbaring di beranda rumah seorang diri. Aku ingin pergi menemuinya, tapi abah
cakap besok saja kita pergi rumah nenek lagi. Boleh jumpa datuk. Kami terpaksa
balik kerana abah kerja.
Pada hari Sabtu, 30 Mei, 2009, jam 3.00 waktu
tu kami berada di Pasar Subuh. Aku mendapat panggilan dari makcik, mengatakan
datuk sakit, pengsan, mulut datuk dah biru. Datuk dah di bawa ke hospital. Kami
bergegas pergi ke hospital. Dalam perjalanan, aku berharap ada ambulan yang
lalu, sekurang-kurangnya aku tahu datuk masih hidup dan di bawa ke hospital
besar. Tapi malangnya, tiada. Setibanya aku di hospital, ku lihat makcik-makcik
aku menangis. Begitu juga pakcik.
“Aku: Mana datuk?”
“Makcik: Datuk ada di dalam. Tapi dia sudah
meninggal.”
Waktu itu hanya Allah yang tahu perasaan aku.
Aku kuatkan hati untuk masuk dan melihat datuk. Aku harap aku dapat melihat senyuman atuk dan mendengar atuk berkata "atuk tak apa-apa. Jangan risau,
atuk sihat". Tapi yang aku lihat hanyalah datuk aku yang telah terbujur
kaku. Tiada senyuman, tiada kata-kata keluar dari bibirnya.
Saat itu hatiku berkata.
"Ya Allah, masih banyak yang aku belum
lakukan untuknya. Aku masih ingin bersamanya. Aku ingin dia melihat aku
memegang segulung ijazah. Aku masih ingin melakukan banyak perkara
bersamanya."
Kalau aku tahu, 2 tahun lepas adalah tahun
terakhir ku dapat bersamanya, akan ku hargai setiap saat yang Allah berikan
untuk aku bersamanya.
Akan ku cuba tunaikan semua impiannya..
Kalau aku tahu 2 minggu lepas itulah kali
terakhir aku mampu mengucup tangannya, takkan ku lepaskan tangan itu.Kalaulah
aku tahu seminggu lepas, itu adalah peluang terakhir untuk aku makan bersamanya
takkanku lepaskan peluang untuk menjamah nasi bersamanya. Kalau ku tahu sehari
sebelum itu adalah hari terakhir aku melihatnya bernyawa, takkan ku biarkan
waktu itu berlalu dengan kosong.