Raihanajwa binti Ramli
1402 Taman Melati,
Telok Air Tawar,
13050 Butterworth,
Pulau Pinang.
9 Julai 2014
Pengurus Sumber Manusia,
Uni-Paper Product SDN BHD,
12, 3 Floor, Kuantan road,
10350 Pulau Pinang,
Malaysia.
Tuan,
Permohonan Jawatan Sebagai Pereka Grafik.
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Saya Raihanajwa binti Ramli berminat untuk memohon jawatan sebagai Pereka Grafik di syarikat tuan.
3. Untuk makluman, saya ada pemegang diploma dari Kolej Poly-Tech Mara yang mengikut jurusan Reka Bentuk Grafik.
4. Selain itu, saya juga mempunyai pengalaman menjalani latihan industri di sebuah syarikat di Johor Bharu. Saya membuat permohonan kerja di syarikat tuan ini adalah kerana saya ingin mencuba persekitaran kerja yang baru dan kerja saya yang mungkin akan menjadi aset di syarikat tuan kelak sekiranya saya diambil bekerja.
5. Saya berharap permohonan kerja saya ini akan tuan pertimbangkan kerana saya ingin bekerja dan memberi sepenuh perhatian disamping meningkatkan keuntungan syarikat.
Sekian, terima kasih.
Yang Benar,
(Raihanajwa binti Ramli)
No comments:
Post a Comment