Tangisanmu aku dengari sehingga kini.
Deritamu aku amati dengan sayu.
Pekikan suara manusia tidak berdosa.. Aku tangisi..
Ratapan anak-anak kecil tidak berdosa amat terharu..
Kehilangan, pengorbanan, terserlah pada rakyat GAZA..
Wahai GAZA,
Tangisan demi tangisan yang kedengaran..
Rintihan anak-anak kecil kelaparan..
Pengorbanan para pahlawan tidak mengira tua dan muda..
Lelaki atau wanita...
Semangat para rakyat GAZA sangat utuh..
Perjuangan rakyat GAZA tiada noktahnya..
Wahai GAZA...
Aku terasa berdosa kepadamu..
Aku terasa berdosa kepadamu..
Kerana aku tidak mampu berbuat apa-apa...
Aku mahu dengan-mu wahai GAZA..
Walaupun aku di negara yang serba canggih..
Namun, aku tidak berdaya untuk membantumu..
Aku hanya mampu berdoa pada yang Maha Esa..
Untuk selalu melindungimu wahai GAZA..
No comments:
Post a Comment