KEMAHIRAN MENULIS

KEMAHIRAN MENULIS

Monday, 13 October 2014

karangan pilihan (langkah berjimat cermat)

     Pada era yang serba canggih ini, kenaikan harga terhadap sesuatu barang telah meningkat dari semasa ke semasa. Hal ini kerana, permintaan terhadap sesuatu barang yang meningkat manakala pengeluarannya terhad. Oleh Itu, pengguna perlu bijak dalam menguruskan kewangan masing-masing supaya tidak timbul masalah kewangan. Berikut antara langkah-langkah untuk berjimat cermat dalam kehidupan seharian.

     Langkah jimat-cermat yang pertama ialah membuat simpanan jangka panjang di bank atau membuat pelaburan,. Hal ini kerana, melalui simpanan di bank kita tidak akan menggunakan wang tersebut. Jika membuat tabungan di rumah kita pasti akan menggunakannya. Untuk melakukan simpanan di dalam bank, kita boleh pergi ke bank dan berbincang dengan pegawai bank tersebut. Contoh bank yang menyediakan simpanan ini ialah Tabung Haji, Bank Simpanan Nasional dan bank2 yang berlandaskan syariat islam.

     Langkah yang kedua ialah membuat jadual kewangan bulanan. Jadual kewangan bulanan amat penting kerana dengan cara ini kita dapat merancang kewangan kita dengan baik dan tidak berlaku perbelanjaan secara berlebihan. Untuk menyediakan jadual ini kita perlu menyenaraikan semua perbelanjaan bulanan kita seperti ansuran kereta dan rumah, bil-bil elektrik, air dan telefon, perbelanjaan harian dan sebagainya. Lebihan dari perbelanjaan ini kita boleh simpan di dalam bank.

     Langkah jimat cermat yang seterusnya ialah bijak membezakan barang kehendak dan barang keperluan. Barang keperluan ialah barang yang kita perlukan untuk kegunaan harian seperti makanan, tempat tingal dan lain-lain. Manakala barang kehendak pula ialah barang yang tidak diperlukan dan barang yang kita inginkan di atas dorongan nafsu. Contohnya ialah telefon bimbit, sofa dan kasut baru. Kesan atas membeli barang kehendak ialah hutang. Ini juga merupakan pembaziran.

     Langkah yang terakhir ialah melatih anak-anak supaya berjimat-cermat dan membuat tabungan. Bak kata pepatah 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Hal ini kerana, anak-anak perlu diajar dari kecil dan kita sebagai ibu bapa perlu menjadi contoh kepada anak-anak. Sekiranya kita menunjukkan contoh yang baik mereka pasti akan ikut begitu jugak sebaliknya. Jika ibu bapa membuat tabungan dan mereka lihat maka mereka akan ikut juga. Wang yang disimpan sikit-sikit, lama-lama akan menjadi bukit.

     Mengamalkan sikap berjimat-cermat dalam kehidupan harian merupakan amalan mulia yang perlu diamalkan oleh semua golongan tanpa mengira umur kerana melalui amalan ini kita dapat menabung untuk masa hadapan. Jika amalan ini diamalkan ia dapat membantu kita semasa kita berada di dalam kesusahan. Kesimpulanya, amalan jimat-cermat perlu dipraktikkan dari sekarang sebagai persediaan untuk masa hadapan.


38 comments:

  1. Thank you for the best essay

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Very usefull page🙂🙂🙂🙂🙂

    ReplyDelete
  6. Tq atas perkongsian karangan langkah² berjimat-cermat ini☺️

    ReplyDelete
  7. saya tgk karangan ni untuk buat keje sekolah

    ReplyDelete
  8. memang baik, isi ada banyak dan perkataan juga sangat tepat,bagusss!

    ReplyDelete
    Replies
    1. u are absolutely right!
      This is an good essay at all.

      Delete
    2. The essay was nice at all, but I saw a lot of errors of the punctuation.

      Delete
  9. HSHS , susah dho , aq x tau arh canne AAA essay tu karangan erk ?

    ReplyDelete
  10. wow... karangan ni sangat baik..thank you so much

    ReplyDelete