KEMAHIRAN MENULIS

KEMAHIRAN MENULIS

Wednesday, 15 October 2014

CERPEN - KISAH SEDIHKU

CERPEN (KISAH SEDIHKU)

Kisah ini berlaku 2 tahun lepas. Kisah  yang meragut senyuman seluruh ahli keluargaku. Aku mulakan dengan kisah seorang insan istimewa di mata kami iaitu Datuk aku, arwah Haji Juarah.

Aku merupakan anak sulung ibu dan abah, cucu sulung atuk dan nenek, cicit sulung moyang. Kiranya aku memang rapat dengan mereka, terutama datuk aku. Dialah tempat aku bermanja sejak aku kecil hingga dewasa. Aku masih ingat sewaktu aku merengek meminta sesuatu, dia pasti akan tunaikan, bila ada orang ingin menyakitiku, dia tempat aku meminta perlindungan, bila aku perlukan belaian, dia tempat aku bermanja. Tak kira masa dan tempat, aku menjadi keutamaannya.

Bila tiba musim raya, takbir pertama yang dilaungkan di surau di alunkan oleh datuk. Suaranya lunak dan membuatkan hati sesiapa saja sayu bila mendengar takbir. Di pagi raya, solat sunat hari raya pertama dalam hidupku, berimamkan datuk ku sendiri. Setiap pagi, atuk akan kejutkan kami dan ingatkan kami untuk pergi ke surau. Bila selesai solat, tidak sah rasanya bila aku tak mencium tangan dan memeluk datukku dan ku peluk. Harum baunya.

Pernah datuk ku jatuh sakit, dan doktor tidak memberi harapan untuk datuk kembali sihat. Aku berdoa setiap hari."Ya Allah, jangan kau ambil nyawa datuk ku waktu ini. Masih banyak yang ingin ku lakukan bersamanya, masih banyak yang aku ingin lakukan untuknya".
Alhamdulillah, umur atuk panjang. Atuk ku dapat meneruskan hidupnya. Aku gembira kerana aku masih mampu mendengar suaranya, melihat senyumannya, memegang tangannya, menatap wajahnya dan membau wangiannya.
Kisah sedihku bermula di sini, 2 tahun sebelum kematian atuk, hubungan kami tidak serapat dulu. Berlaku konflik keluarga yang membuatkan aku menjauhkan diri darinya. Aku jarang berborak dengannya. Aku rindu padanya, tapi aku pendam. Hati ku meronta ingin berborak dengannya seperti dulu, bergelak ketawa dengannya. Tapi ada sesuatu yang menghalangku.

2 minggu sebelum kematiannya, aku baru balik dari Penang, tempat aku menuntut ilmu. Aku terjumpa datuk di pekan. Aku pun pergi bertemunya dan mencium tangannya. Aku terlalu rindukan dia, akhirnya terlepas juga rindu, kataku dalam hati. Semenjak itu aku dah jarang berjumpa datuk. Aku tidak dapat bercakap dengannya pun. Datuk jarang ada di rumah. Banyak hal yang perlu dia uruskan di luar.

Seminggu sebelum datuk meninggal, dia mula sakit. Datuk dah mula lemah. Tak mampu buat kerja berat. Kebetulan aku pergi ke rumah datuk, aku lihat atuk sedang berbaring di ruang tamu. Nenek menyuruh ku memanggil datuk makan.

“Aku: datuk, nenek panggil makan.”

“Datuk: bah. Kau tak makan sekali?”

“Aku: Tak la. Kenyang lagi.”

Datuk makan bertemankan nenek di dapur. Selesai makan, datuk pergi ke rumah makcik di sebelah rumah.Tak lama kemudian, datuk mengadu sakit dada. Aku takut, takut kehilangan datuk.

Sehari sebelum datuk  meninggal, aku ternampak datuk dari jauh. Masa tu aku baru menghabiskan  projek di sekolah tempat aku buat ROS. Aku lihat atuk dari jauh. Datuk Cuma tersenyum. Aku membalas senyuman datuk . Pada hari yang sama aku pergi ke rumah makcik, tapi tak pergi rumah datuk. Aku singgah sebentar untuk ambik barang. Aku lihat datuk berbaring di beranda rumah seorang diri. Aku ingin pergi menemuinya, tapi abah cakap besok saja kita pergi rumah nenek lagi. Boleh jumpa datuk. Kami terpaksa balik kerana abah kerja.

Pada hari Sabtu, 30 Mei, 2009, jam 3.00 waktu tu kami berada di Pasar Subuh. Aku mendapat panggilan dari makcik, mengatakan datuk sakit, pengsan, mulut datuk dah biru. Datuk dah di bawa ke hospital. Kami bergegas pergi ke hospital. Dalam perjalanan, aku berharap ada ambulan yang lalu, sekurang-kurangnya aku tahu datuk masih hidup dan di bawa ke hospital besar. Tapi malangnya, tiada. Setibanya aku di hospital, ku lihat makcik-makcik aku menangis. Begitu juga pakcik.

“Aku: Mana datuk?”

“Makcik: Datuk ada di dalam. Tapi dia sudah meninggal.”

Waktu itu hanya Allah yang tahu perasaan aku. Aku kuatkan hati untuk masuk dan melihat datuk. Aku harap aku dapat melihat senyuman atuk dan mendengar atuk berkata "atuk tak apa-apa. Jangan risau, atuk sihat". Tapi yang aku lihat hanyalah datuk aku yang telah terbujur kaku. Tiada senyuman, tiada kata-kata keluar dari bibirnya.

Saat itu hatiku berkata.

"Ya Allah, masih banyak yang aku belum lakukan untuknya. Aku masih ingin bersamanya. Aku ingin dia melihat aku memegang segulung ijazah. Aku masih ingin melakukan banyak perkara bersamanya."

Kalau aku tahu, 2 tahun lepas adalah tahun terakhir ku dapat bersamanya, akan ku hargai setiap saat yang Allah berikan untuk aku bersamanya.

Akan ku cuba tunaikan semua impiannya..

Kalau aku tahu 2 minggu lepas itulah kali terakhir aku mampu mengucup tangannya, takkan ku lepaskan tangan itu.Kalaulah aku tahu seminggu lepas, itu adalah peluang terakhir untuk aku makan bersamanya takkanku lepaskan peluang untuk menjamah nasi bersamanya. Kalau ku tahu sehari sebelum itu adalah hari terakhir aku melihatnya bernyawa, takkan ku biarkan waktu itu berlalu dengan kosong.


SAJAK- GAZA

Wahai GAZA,
Tangisanmu aku dengari sehingga kini. 
Deritamu aku amati dengan sayu.
Pekikan suara manusia tidak berdosa.. Aku tangisi..
Ratapan anak-anak kecil tidak berdosa amat terharu..
Kehilangan, pengorbanan, terserlah pada rakyat GAZA..

Wahai GAZA,
Tangisan demi tangisan yang kedengaran..
Rintihan anak-anak kecil kelaparan..
Pengorbanan para pahlawan tidak mengira tua dan muda..
Lelaki atau wanita...
Semangat para rakyat GAZA sangat utuh..
Perjuangan rakyat GAZA  tiada noktahnya..

Wahai GAZA...
Aku terasa berdosa kepadamu..
Kerana aku tidak mampu berbuat apa-apa...
Aku mahu dengan-mu wahai GAZA..
Walaupun aku di negara yang serba canggih..
Namun, aku tidak berdaya untuk membantumu..
Aku hanya mampu berdoa pada yang Maha Esa..
Untuk selalu melindungimu wahai GAZA..

PANTUN NASIHAT

Bayu dingin menghembus pantai,
 Hanyut obor di bawah titi;
 Biarlah buruk barang dipakai,
 Budi yang baik dibawa mati.


Buah pelaga makan dikikir,
 Dibawa oleh orang hulu; 
Sebarang kerja perlu difikir,
 Jangan sampai mendapat malu.

Pergi belayar dengan Pak Dol,
 Sambil mencandat sotong;
 Kalau tiada niat yang betul,
 Janganlah kita bercakap bohong.


Pergi kedai beli sambal, 
Untuk dimasak cili padi;
 Jadilah insan suka beramal, 
Baik sekarang dan juga nanti.

RESUME





AMELIA ADNAN
NO. 41 LORONG IM 2/94
BANDAR INDERA MAHKOTA 2 | AMESYA95@GMAIL.COM | CONTACT NUMBER : +611-1212554

PERSONAL DETAILS
NAME: AMELIA ADNAN
ADRESS: NO. 41 LORONG IM 2/94 BANDAR INDERA MAHKOTA 2
CONTACT NO.: +6011-12121554
GENDER: FEMALE
RELIGION: MUSLIM
DATE OF BIRTH: JUNE 2ND 1995
HEALTH: GOOD
MARITAL STATUS: SINGLE
POSTCODE: 25200
REGION: BANDAR INDERA MAHKOTA 2
CITY: KUANTAN
STATE: PAHANG
COUNTRY: MALAYSIA

CAREER OBJECTIVE
I am a qualified graphic designer with over three years experience working on several different formats of graphic design including magazine, online, print and television. I am looking for my next challenging position with a leading digital agency with a focus on business to business clients and with a more corporate touch.


EMPLOYEMENT HISTORY
Jan 2011– Dec 2011: Graphic Designer
SHAH ALAM
Citra Minda EMPLOYEMEN
Responsibilities:
·         Design layout magazine pages, ads, brochures, flyers and marketing collateral for multiple clients
·         Finished art and pre-press of files
·         Assist Art Director with creative/conceptual ideas
·         Create web design for several clients' websites
·         Design logos and brand identity for new clients

Jan 2012 – Dec 2012:  Graphics Assistant
PUTRAJAYA, PERSINT 14
Advertising Trio Agency
Responsibilities:
·         Created consumer packaging and four-color processing; prepared designs for photo shoots.
·         Produced a campaign strategies for a variety of products and services.
·         Designed thumbnails, roughs, and final for print advertising.
·         Wrote for television and print media.
·         Communicated corporate identity through design of logo and collateral.
·         Created mechanicals; proofed blue lines and color keys.
·         Used a wide range of typography to appeal to specific audiences.


Jan 2013 – Dec 2013: Photographer


Responsibilities:
·         Worked closely with the Senior photographer to shoot pre-wedding and so on.
          Heavily involved in the crossover of shoot
·         Edit a picture for customer as their request.
 · 

EDUCATION AND QUALIFICATION
KOLEJ POLY-TECH MARA BATU PAHAT, DIPLOMA IN COMPUTER OF GRAPHIC DESIGN, CGPA OF SEMESTER 5 : 3.5.
SKILLS
Name

Proficiency
Quark

Advanced
Corel Draw

Advanced
Adobe Suite (Photoshop, Illustrator,3D )

Advanced

LANGUAGES
Name
Proficiency
Malay
English
Good                  
Good

HOBBIES AND INTEREST 

Photography - digital and film, graphic novels, anime, painting, drawing and popular culture.

REFERENCES
Citra Minda
En. Azli b. Ahmad
04-3216739

Advertising Trio Agency
Mr. Tan Hoa Hin
011-4657893